Mengurangkan Lemak

Ambil sebuku asam jawa dan ramas kedalam segelas air. Masukkan kedalam peti sejuk dan jadikan sebagai minuman selepas makan tengah hari atau petang.

Rumah Berbau Wangi

Ambil 20-30 helai daun pandan, dihiris halus dan disemburkan sedikit minyak wangi.Sebaiknya-baiknya ia dimasukkan dialam bekas dan diletakkan diruang tami. Pasti seluruh rumah anda berbau harum. Ulangi langkah di atas selepas dua minggu

Penawar Kurap

Penyakit kurap amat menyakitkan dan gatal-gatal. Bagi menghilangkan penyakit ini, anda hanyalah memerukan dua tiga helai daun gelenggang. Daun gelenggang ditumbuk bersama kunyit, kemudian disapu pada tempat yang sakit.

Hilangkan Batuk Berpanjangkan

Ambil sebiji limau nipis, dibelah dan disapukan sedikit kapur makan dan disapukan pada tekak.

Tis Bagi Bayi

Bagaimana mengatasi kembung perut

1) Sendawa
Terdapat 3 cara untuk sendawakan bayi:
Sandarkan bayi anda pada bahu dan tampu punggungnya dengan lengan anda sementara tangan anda yang sebelah lagi menggosok belakang bayi. Ini kebiasaannya cara yang paling mudah untuk sendawakan bayi anda.
Dudukkan anak anda dengan merehatkan dagunya di atas lengan anda apabila tangan anda memegang bahunya yang bertentangan dan gosok belakang bayi.
Letakkan bayi anda dengan mukanya menghadap riba anda dan gosokkan belakangnya.

2) Tuam perut
Di Malaysia, bayi kembung perut biasanya akan dituam dengan bungkusan pasir atau beras yang dipanaskan sehingga suhu yang bersesuaian. Pasir atau beras boleh dipanaskan dalam kuali atau panaskan terus dalam bungkusan dengan menekap seterika panas pada bungkusan. Tuamkan dahulu pada kulit anda untuk memastikan suhu bungkusan tidak terlalu panas dan tuamkan pada perut bayi. Pastikan badan bayi dilapik dengan kain dahulu supaya kulit tidak melecur. Rasionalnya, udara akan dipecahkan dengan peningkatan suhu perut dan kemudian keluar dari bayi sama ada melalui kentut atau sendawa.

3) Ubat
Jika bayi anda mengalami kembung perut yang teruk, doktor atau ahli farmasi mungkin akan menyarankan supaya mengambil “Infacol” yang mengandungi “simethicone” yang mana ia akan mengeluarkan udara dalam kuantiti yang banyak. “Gripe water” juga dikatakan boleh megeluarkan angin dalam perut bayi dengan efektif. Kandungan herba (dill, fennel, halia, etc) dalam “gripe water” akan memanaskan perut dan memecahkan angin sementara sodium bikarbonat meneutralkan asid dalam perut. Pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum menggunakan ubat-ubatan.

Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Gaulkan dua sudu besar kapur sirih, empat sudu besar cuka makan dan sekeping ragi cina. Lumurkan is pada seluruh perut. Kemudian barulah memakai bengkung. Amalkan setiap hari.

Tepung Ubi Atasi Ruam Lampin

Sapukan tepung ubi pada ruam setiap kali menukar lampin. Ia boleh digunakan pada ruam di leher bayi. Jangan sapukan losen tau bedak pada ruam tersebut.

Selesema bayi


Bagi bayi yang mengalami selesema yang agak lama, salah satu cara untuk hentikannya ialah dengan mengambil sedikit kunyit hidup yang diparut kemudian campurkankan dengan sedikit kapur. Letakkan didahi dan selawat tiga kali. Lakukan sekerap yang boleh.

Ruam Susu

Ramas dua helai daun sirih muda bersama sedikit air. Tumbuk kunyit, campurkan kedua-dua ramuan itu. Bancuh bersama dengan bedak sejuk, Sapukan pada kulit bayi yang terkena ruam susu.

Petua Kembali Langsing Selepas Bersalin

Petua mestilah dilakukan dalam tempoh berpantang.
1) Menyusu baby dengan susu sendiri (susu ibu)


2)Pastikan flusk air panas sentiasa di sisi anda- Sekali minum separuh gelas ajer. Minum dengan kerap. Baru terbakar semua lemak kat dalam badan tu

3) Mandilah dengan air suam yang telah dicampurkan dengan herba dan akar-akar kayu ( daun pisang kelat (kering), daun serai wangi, daun inai dan

4) Minum air rebusan daun inai.. Minum yang sedang suam/panas.Minum air ir rebusan inai ini dua kali sehari (sebelum mandi pagi dan di waktu petang)5) Bertunku- Ini amat penting untuk mengembalikan kedudukan rahim dan memanaskan serta membuang lemak di bahagian perut