Hilangkan Daki Di Leher

Ambil tiga sudu besar tepung gandum, tiga sudu besar oats yang dikisar halus dan setengah cawan tairu. Gunakan tairu masam kerana ia merupakan agen pencerahan kulit semula jadi. Campurkan bahan-bahan ini menjadi bancuhan yang pekat. Sapukan pada leher seperti masker dan biarkan selama 15 minit. Kemudian gosok leher mengunakkan kain yang agak kasar dan bilas dengan air suam bersih, Lakukan dua minggu sekali secara konsisten.